PROFIL

CARTA ORGANISASI (CAWANGAN W.P.LABUAN)


Pengenalan

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya. Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

ORGANISASI
          MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan orang anggota lain, tiga daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

     Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,  dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di London, Washington D.C., Jakarta, Dublin, Frankfurt dan New South Wales.

OPERASI PENGURUSAN
Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar negara.  Pusat-pusat operasi ini merangkumi:
  • Ibu Pejabat
  • Pejabat MARA Negeri
  • Pejabat MARA Daerah
  • MRSM
  • Kolej MARA
  • GIATMARA
  • IKM
  • Institut Kemahiran Tertinggi MARA
  • Kolej Poly-Tech MARA
  • Kenderaan Bas MARA
  • Pejabat MARA Luar Negara
  • Kolej Profesional MARA

MISI KORPORAT
Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan.

VISI KORPORAT
Menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari, berautonomi dan berwibawa:
  • Penggerak dan pemangkin yang aktif
  • Pusat jaringan dan rangkaian perusahaan dan perdagangan
  • Pusat maklumat, latihan, penyelidikan dan pembangunan
  • Sebagai organisasi pemikir
OBJEKTIF
Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, profesional dan kukuh.

STRATEGI PERLAKSANAAN

  • Mewujud serta menambah bilangan usahawan di kalangan bumiputera dan meningkatkan taraf mereka dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat peniaga yang berjaya dan kukuh.
  • Mengambil bahagian yang aktif dalam bidang perdagangan dan perindustrian tertentu melalui pelaburan dan pengurusan dalam syarikat-syarikat sebagai langkah memberi perlindungan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam dunia perniagaan.
  • Menambah bilangan gunatenaga bumiputera yang terlatih dalam berbagai bidang di semua peringkat, khususnya untuk keperluan sektor perdagangan dan perindustrian, dan..
  • Menggalakkan lain-lain kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai serta menjadi pemegang amanah yang boleh membantu secara khusus atau umum bagi meninggikan taraf ekonomi dan sosial bumiputera.

PIAGAM PELANGGAN
Sesungguhnya kami warga MARA akan sentiasa komited kepada pengeluaran berkualiti dan perkhidmatan yang berkesan. Kami juga berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan , menerusi program dan aktiviti berikut :
  • Berusaha untuk menambah bilangan gunatenaga Bumiputera yang terlatih dalam bidang profesional dan teknikal ke  tahap 30% daripada keperluan negara
  • Semua permohonan pinjaman perniagaan dan pelajaran yang lengkap akan diputuskan dalam masa tidak lebih daripada  50 hari