Tuesday, July 12, 2011

PENGAMBILAN PELATIH SESI JULAI 2011, KURSUS FASHION DESIGN & DRESSMAKING - GIATMARA W.P. LABUAN

PENGAMBILAN PELATIH SESI JULAI 2011, KURSUS FASHION DESIGN & DRESSMAKING - GIATMARA W.P. LABUAN
HUBUNGI TERUS GIATMARA LABUAN - KEMASUKAN SEGERA BAGI YG LAYAK.

Sunday, February 6, 2011

DOSA BERHUTANG TIDAK DIAMPUN ALLAH

ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.

Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)

Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)
 
Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.
Sumber: Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya. Terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.

Wednesday, December 29, 2010

Untuk renungan bersama

Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”