PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

Pembiayaan Perniagaan

Kemudahan pembiayaan perniagaan MARA disediakan untuk membantu usahawan Bumiputra menambah modal bagi meningkatkan atau memulakan perniagaan.

KAEDAH PEMBIAYAAN
Di dalam melaksanakan pembiayaan secara secara silam 4 konsep pembiayaan telah diterima pakai seperti berikut: 
  • Al-Bai-Bithaman Ajil            ( Jualan dengan harga tangguh ) 
  • Al-Murabahah                      ( Jualan dengan tambah untung )
  • Al-Ijarah Thumma Al-Bai    ( Sewa kemudian beli )
  • Bai Al-Inah                           ( Menjual sesuatu barangan dengan harga tangguh kemudian                                                                    membelinya balik daripada pembeli secara tunai dengan                                                                        harga kurang daripada harga jualan )  
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN.
  •   Bumiputera Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
  • Mempunyai pengetahuan/ pengalaman dalam bidang perniagaan yang dijalankan/ hendak diwujudkan.
  • Mempunyai lesen/ permit/ surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut.
  • Dapat menyumbangkan modal sendiri sekurang-kurangnya 10% daripada kos projek.
  • Usahawan hendaklah melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan yang dibiayai.
  • Mengemukakan cagaran atau jaminan bagi pembiayaan yang diperlukan.
  • Pemohon yang belum menjalankan perniagaan atau telah menjalankan perniagaan kurang dari 6 bulan perlu mengikuti kursus keusahawanan anjuran MARA atau agensi-agensi lain yang diiktiraf.
  • Kepada bekas pelatih lepasan Program IKM, GIAT MARA kelonggaran diberikan dimana pemohon yang berkemahiran dan pengalaman dikecualikan daripada syarat menjalankan perniagaan terlebih dahulu sebelum memohon pembiyaan MARA. Program keusahawanan di IKM/ GIAT MARA dianggap telah mengikuti kursus keusahawanan.

CARA MEMOHON
Set Borang Yang Lengkap :-
SILA DAPATKAN BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN DI PEJABAT MARA DAERAH / NEGERI.

1.  Borang Permohonan Pembiayaan Perniagaan
2.  Borang Maklumat Peribadi
3.  Borang Jaminan/ Borang Cagaran
4.  Senarai Semak Permohonan Pembiayaan


BAYARAN PEMPROSESAN

              Jumlah Pembiayaan                                                          Kadar Bayaran
 RM 5000                                                                                          RM 5
 RM 5,001 Hingga RM 20,000                                                             RM 20
 RM 20,001 Hingga RM 50,000                                                           RM 50
 RM 50,001 Hingga RM 250,000                                                         RM 100
 RM 250,001 Ke atas                                                                         RM 200


PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN (RP)

Apa itu Rancangan Perniagaan                                              
1.Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.
2.Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan danjangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.
Kegunaan
Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sediada untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :
1.Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
2.Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
3.Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
4.Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
5.Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.
Pengumpulan Maklumat Penyediaan
1.Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan                             
2.Statistik
3.Data ekonomi
4.Data perdagangan
5.Penyelidikan pasaran

JAMINAN / CAGARAN

Jaminan yang yang diterima/disyaratkan oleh MARA adalah seperti berikut :-
1.Jaminan Orang Perseorangan (Bermajikan)
    •    Kakitangan Sektor Awam
    •    Kakitangan Sektor Swasta
Atau
2.Tanah
    •    Bebas dari sekatan
    •    Milik Sendiri
    •    Milik Ibu/Bapa/Saudara
Atau
3.Gabungan Penjamin & Tanah
Jaminan Tambahan:-
  • Jaminan Ahli Lembaga Pengarah untuk Syarikat Sdn. Bhd.
  • Surat Ikatan Serahak bagi Pembiayaan Kontrak
  • Perjanjiaan Debenture bagi Pembiayaan RM250,001 dan ke atas