PEMBIAYAAN PENDIDIKAN


BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN (BPP)
Pendahuluan
Bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman pelajaran merupakan salah satu daripada aktiviti utama MARA di bawah Sektor Pendidikan. Bantuan ini ditawarkan kepada pelajar bumiputera yang berkelayakan dan berpotensi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi. Bahagian yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti ini ialah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

Objektif
Menambah gunatenaga terlatih bumiputera dalam bidang profesional, teknikal dan pengurusan melalui penyediaan kemudahan pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di dalam dan di luar negara.

Dasar Tajaan
  1. Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.
     
  2. Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
     
  3. Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966

Calon mestilah Melayu / Bumiputera warganegara Malaysia
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  • Tidak pernah dianjur oleh mana-mana penaja lain di peringkat yang sama kecuali untuk kursus-kursus kritikal dan profesional atas keperluan semasa.
  • Mendapatkan perlepasan kontrak/ penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain  untuk pengajian sebelumnya.
  • Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji/ perlepasan jawatan/ kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
  • Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
  • Pengajian sepenuh masa dalam dan luar negara.
  • Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon:
DALAM NEGARA                                                      LUAR NEGARA
  • Diploma (tidak melebihi 35 tahun)                           -
  • Ijazah (tidak melebihi 40 tahun)                              30
  • Sarjana/Prof.  (tidak melebihi 45 tahun)                  35
  • PhD/Kepakaran  (tidak melebihi 45 tahun)                40
Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga (SES) seperti berikut:

-Skim Pembiayaan Terbuka (SPT)
Pendapatan Bercukai Ibu Bapa (Tahunan)             Jenis Bantuan
< RM 50,000                                                              Bantuan Penuh
RM 50,000 - RM 100,000                             Bantuan Yuran Pengajian sahaja.
> RM 100,000                                                            Tidak layak

-Skim Pelajar Cemerlang (SPC)
Pendapatan Bercukai Ibu Bapa (Tahunan)              Jenis Bantuan
< RM 250,000                                                           Bantuan Penuh
RM 250,000 - RM 500,000                                         Bantuan Sebahagian
>RM 500,000                                                            Tidak layak.